hujan love
Isnin, 17 September 2018
Cara Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal
Cara Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal: Cara ganti puasa Ramadhan yang tertinggal beserta hukumnya. Kalau yang dah tertinggal lama, dan terlalu banyak hari bagaimana pula?
Jumaat, 28 Julai 2017
Rezeki datang daripada Allah
Rasulullah bersabda
“ Rezeki seseorang hamba lebih kuat dari ajalnya tetapi terhalang akibat perbuatan dosa dosanya ”
“ Barangsiapa yang merasakan rezekinya lambat datang maka hendaklah ia beristighfar memohon ampun pada Allah ”
“ Barangsiapa yang hendakkan agar Allah memanjangkan rezekinya maka hendaklah ia memanjangkan tali silaturahim sesama manusia ”
“ 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan ”
“ Janganlah kalian semua tidur selepas terbit matahari kerana Malaikat mikail sedang mengatur rezeki hamba hamba Allah di muka bumi ”
“ Dua rokaat sembahyang Dhuha menarik rezeki dan menolak kemiskinan ”
“ Barangsiapa yang membaca surah waqiah pada setiap malam di jamin tidak akan miskin buat selama lamanya ”
“ Janganlah kalian bimbang mengenai rezeki orang yang sakit kerana Allah yang memberi mereka makan dan minum ”
**Semoga Bermanfaat**
Isnin, 17 Julai 2017
Belajar tentang Kehidupan
Kadang-kadang bila usia meningkat, kita muhasabah diri dan kita tersedar yang ada beberapa perkara kita terlewat belajar dalam hidup kita. Berikut adalah beberapa pengajaran hidup yang kita terlambat belajar dan mungkin sampai sekarang kita belum faham.
#1-Persepsi Adalah Realiti.
Cara setiap individual melihat sesuatu atau mentafsir sesuatu adalah berlainan dengan sebab kita masing-masing ada latar belakang yang berbeza. Kepercayaan kita mempengaruhi cara kita menjalani hidup kita. Persepsi kadang-kadang boleh jadi sebab kita salah faham dengan orang lain.
Alangkah rugiya jika kita tidak dapat menjalani hidup yang sepenuhnya, tidak melakukan sesuatu perkara yang patut, tidak berkawan dengan orang yang patut, mengelak daripada sesuatu atau memilih untuk tidak mengalaminya hanya kerana kita ada persepsi yang salah. Jangan terlalu jumud dalam kepercayaan dengan prinsip. Jika tidak bertentangan dengan nrma-norma kehidupan dan agama, cubalah untuk bersikap terbuka dan jangan terburu-terburu untuk mengadili.
Jangan malu untuk bertanya mengenai sesuatu bagi mendapatkan penjelasan dan memahami sesuatu perkara atau seseorang dalam konteks yang sebenarnya. Persepsi kita akan jadi realiti pada kita bukan pada orang. Jangan hidup dalam realiti yang salah pula.
#2– Semua Perkara Adalah Bersifat Sementara.
Semua orang pun tahu dunia ini sementara akhirat jualah yang kekal. Ini adalah kepercayaan setiap Muslim. Semua tahu tetapi susah nak hadam sebenarnya. Kalau hendak difikirkan balik, kita gembira, kita sedih, kita marah, kecewa dan sebagainya kerana perkara-perkara duniawi yang bersifat sementara. Pasal kerja, pasal akademik, pasal keluarga, pasal perhubungan, pasal orang sekeliling dan sebagainya. Peristiwa baik, peristiwa buruk, semuanya adalah sementara dan akan berlalu dibawa pergi masa.
Mungkin kesannya akan kekal, akan mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita memberikan respon, cara kita membuat keputusan dan lain-lain. Jikalau perubahan kita ke arah yang lebih positif baguslah akan tetapi kalau ke arah lebih negatif, kita hanya merosakkan diri sendiri. Kita menyekat diri kita daripada melakukan perkara yang lebih besar dan mendapat peluang yang lebih besar.
Cuba untuk berlapang dada dan bersyukur dengan setiap perkara yang melanda. Bukan senang tetapi boleh diusahakan.Cuba nikmati setiap saat dalam kehidupan kerana masa yang lepas tidak akan kembali dan masa muda pasti akan berlalu pergi. Perkara yang buruk dalam hidup anda bukanlah pengakhiran jalan kehidupan akan tetapi permulaan untuk jalan baru dalam kehidupan.
Sama ada untuk terus berdiri melihat jalan yang sudah ditempuhi atau teruskan melangkah kehadapan, itu pilihan anda. Anda pilih. Ingat, yang penting adalah destinasi itu sendiri bukan perjalanan menuju ke destinasi. Buatlah keputusan yang terbaik dan gerakkan apa yang anda putuskan dengan sebaiknya.
#3– Yang Penting Adalah Hari Ini Untuk Esok.
Setiap daripada kita pasti ada perkara yang kita sesalkan. Sifat manusia itu membuat kesilapan supaya kita belajar daripadanya dan bersifat lebih matang. Momen-momen kehidupan akan bertukar jadi kenangan pada masa akan datang jadi lakukan yang terbaik.
Risaukan perkara yang telah berlaku dan belum lagi terjadi membuatkan kita jadi tidak produktif. Fokus pada masa lalu yang tidak dapat diubah sendiri adalah kerugian sedangkan jikalau kita fokus pada masa sekarang kemungkinan hasilnya lagi besar dan menguntungkan daripada apa yang telah berlaku pada masa lepas.
#4– Buat Apa Yang Anda Suka, Suka Apa Yang Anda Buat.
Kita dilahirkan dalam masyarakat yang memang suka mengadili dan menilai orang lain walaupun mereka tidak mengenali kita. Zaman ‘keyboard warrior’ ini, ada sahaja perkara yang kita lakukan nampak tidak kena di mata orang lain.
Perjalanan hidup adalah singkat dan tidak selalunya indah. Jika anda tidak gembira atau tidak suka dengan sesuatu perkara yang berlaku, kenal pasti kenapa anda berasa begitu dan cubalah untuk mengubahnya atau mengatasinya.
Disebalik pelbagai situasi yang melanda, kekal fokus untuk mencapai matlamat hidup anda. Jangan lupa untuk lakukan perkara yang anda suka dan boleh menggembirakan anda. Jangan terus bersedih dengan kegagalan tetapi berusahalah mengatasi kelemahan. Kalau kegagalaan datang berkali-kali, kenapa rasa hanya datang sekali? Kejayaan juga akan datang berkali-kali bukan hanya kerana keinginan anda tetapi kerana keazaman anda.
Jangan berhenti pelajari benda baharu dan bangunkan diri sendiri untuk lebih maju sebab kadang-kadang kejayaan belum kunjung tiba kerana kita sendiri yang belum bersedia.
#5-Anda Yang Boleh Gembirakan Diri Sendiri Bukan Orang Lain.
Tiada orang lain yang dapat buat kita gembira kalau kita sendiri tidak gembira. Untuk gembira perlukan lakukan banyak perkara berbanding bersedih, lansung tidak mahu lakukan apa-apa. Anda boleh pilih mahu bergembira atau bersedih. Memilih untuk bergembira bermakna anda mengawal kehidupan anda snediri, anda tidak mahu terus kekal menjadi mangsa dan anda kekal bertenaga untuk menempuhi hari-hari mendatang.
Untuk memaksimakan hidup dalam kehidupan, kita kena sentiasa belajar untuk upgrade diri. Belajar bagaimana untuk menjalani hidup dalam kehidupan adalah satu proses bukan pertandingan. Jadi, jangan sesekali bandingan kehidupan anda dengan kehidupan mereka. Ada yang dapat belajar tinggi-tinggi tetapi tidak dapat kerja. Ada yang tidak belajar susah-susah tetapi rezeki tak berhenti mencurah.
Ada yang dapat kerja bagus tetapi hidup tidak tenang dan rasa tertekan. Ada tidak berkahwin walaupun sudah meningkat usia tetapi dapat melancong ke serata dunia. Ada yang berkahwin lama tetapi tidak dapat anak. Ada yang dapat belajar, bekerja, berkahwin, ada anak tetapi dihujung usianya tiada siapa yang menjaga. Setiap daripada kita akan menjalani takdir kita sendiri. Justeru jangan dibandingkan takdir hidup kita dengan orang.
Ada yang dapat kerja bagus tetapi hidup tidak tenang dan rasa tertekan. Ada tidak berkahwin walaupun sudah meningkat usia tetapi dapat melancong ke serata dunia. Ada yang berkahwin lama tetapi tidak dapat anak. Ada yang dapat belajar, bekerja, berkahwin, ada anak tetapi dihujung usianya tiada siapa yang menjaga. Setiap daripada kita akan menjalani takdir kita sendiri. Justeru jangan dibandingkan takdir hidup kita dengan orang.
Tiada orang yang akan terlepas daripada ujian. Perasaan suka dan duka itu ibarat pertukaran waktu siang dan malam, tidak dapat dipisahkan. Latih diri untuk bergembira dengan apa yang ada apatah lagi tatkal ujian dan musibah datang melanda perlukan latihan yang kuat. Latihan yang menguatkan fikiran dan jiwa kerana semua itu adalah di bawah kawalan kita.
Kita hidup cuma sekali jadi usahakan yang terbaik untuk sekali ini agar kehidupan kita yang sekali ini adalah yang terbaik untuk kita.
Jumaat, 16 Jun 2017
Nota Hati untuk Membina Kekuatan Dan semangat
Kadangkala, ada perkara yang kita tak jangka boleh mengubah
arah hidup kita sekelip mata.Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok
hari.Setiap benda akan sentiasa berubah sama ada kita suka atau tidak...
PEOPLE AND CIRCUMSTANCES COME AND GO. LIFE DOESN'T STOP FOR
ANYBODY.
Bercakap memang mudah berbanding kita sendiri yang merasainya..
Sudah menjadi lumrah seorang insan, ada ketikanya kita berasa
lemah dan tertekan dengan perkara yang berlaku dalam hidup. Namun selagi kita
bernyawa , Kita sentiasa ada peluang untuk muhasabah dan perbaiki diri..
Perkongsiaan ini saya petik dari
Blog Aku Islam..Semoga Bermanfaat
1. Terima kenyataan dengan sepenuh
hati..
Kita memang tidak akan pernah tenang dengan menjauhi kehidupan
dunia. Hidup sentiasa berputar diluar jangkaan setiap saat. Kita harus
sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan walaupun pilihan itu
menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah dan pengajaran diatas pilihan
yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
Oleh itu, daripada kita cuba mengelakkan ia, lebih baik kita
mengambil setiap peluang yang ditawarkan dan alami cabaran untuk semakin
matang. Hanya dua perkara yang anda kan dapat, samaada ia memberikan
sesuatu yang anda idamkan , atau ia akan mengajarkan anda apa yang lebih baik
pada langkah seterusnya .
JUST BELIEVE THAT ALLAH ALWAYS
GIVES SOMETHING GOOD TO US.
EVEN IF IT'S NOT GOOD NOW, IT WILL
BE GOOD SOON.
2. Bukan beban masalah yang
melemahkan kita..
Kita boleh menggunakan kesakitan, kekecewaan, dan ketidakselesaan
sebagai jalan memotivasikan berbanding menganggap ia sebagai perkara yang
menyakitkan hati.
Kita sebenarnya mengawal bagaiman kita melihat kehidupan .Perkara
indah biasaanya berlaku apabila kita menjarakkan diri daripada pemikiran
negatif.
"Sesungguhnya Allah tidak akan
membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
Memang ia tidak akan mudah...
Pasti ada kesusahan yang beterusan yang perlu ditempuhi.
Tetapi
hidup terlalu singkat untuk berperang dengan diri sendiri. Kekecewaan terbesar
yang berlaku dalam kehidupan kita selalunya terhasil daripada jangkaan yang
salah.
Melepaskan
pemikiran yang negatif adalah langkah pertama untuk kuat.Bila
kita telah bersedia dengan pemikiran yang terbuka dan positif, pasti kita boleh
menghadapi apa sahaja yang mendatang.
3.
Kita selalu ada pilihan.
Memilih
untuk negatif dan kita akan menemui banyak jalan untuk terhenti dan lemas dalam
masalah.Namun bila, memilih untuk menjadi positif dan kita pastinya akan
menjumpai banyak sebab untuk tetap melangkah ke hadapan sambil tersenyum.Sungguh,
senjata yang paling berkuasa untuk menentang stress dan lemah
semangat adalah keupayaan kita untuk memilih cara berfikir yang
tepat.
Sentiasalah melatih minda kita untuk melihat kebaikan dalam setiap
perkara.Pemikiran
positif bukanlah mengharapkan yang terbaik berlaku setiap masa , ia
mengenai menerima apa yang berlaku dalam setiap masa, dan membuat sesuatu yang
terbaik mengenainya.Melangkahlah dengan hati yang redha dan pasrah.
Di
hadapan ada cinta dan peluang lain yang perlu kita cari, hargai, dan
perbaiki. Terlalu banyak perkara di masa silam yang tak dapat dihapuskan
waktu. Biarkan. kerana kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa
depan yang baik, selagi masa dan Tuhan mengizinkan.
4. Jangan menyeksa diri sendiri
dengan berpaut pada luka lama
Antara
saat yang paling penting dan paling bermakna dalam kehidupan adalah saat dimana
akhirnya kita mendapat keberanian untuk melepaskan apa yang kita
tidak dapat ubah. Bila
berhenti untuk risau dan mengambil kisah tentang perkara yang kita tidak dapat
ubah, kita akan mempunyai lebih masa untuk mengawal perkara-perkara dalam
genggaman kita.
Dan
itu lebih baik daripada mengejar bayang-bayang.Masa silam memang memberikan
kita kekuatan dan pengalaman untuk lebih bijak pada hari ini, maka
bersyukurlah. Namun jangan sesekali membiarkan ia menghantui hidup kita.Sentiasa
mengenang luka lama secara berulang-ulang kali adalah salah satu bentuk
penyeksaan terhadap diri sendiri.
Berdamailah dengan diri dan masa silam anda.
Berhentilah memikirkan tentang masalah yang telah lalu. Lepaskan ia pergi.Kerana
semakin banyak kita tenggelam dalam memikirkan masa lalu, semakin banyak
‘ketakutan’ yang akan diserap ke dalam pengalaman kehidupan seharian , kita
akan menjadi musuh yang terbesar kepada diri sendiri.
5.
Hindari mereka yang selalu menjatuhkan semangat
Bukan
sesuatu yang baik untuk menghabiskan banyak masa dengan orang yang selalu
mematahkan semangat anda secara berterusan (walaupun dia dari kalangan
keluarga sendiri). Kerana anda adalah insan yang percaya bahawa Tuhan
sentiasa mempersiapkan jalan yang terbaik untuk kehidupan anda, diluar
jangkauan pemikiran manusia.
SOME
FLOWERS GROW BEST IN THE SUN WHILE OTHERS GROW BEST IN THE SHADE. ALLAH KNOWS
US BEST, SO HE PUTS US WHERE WE GROW BEST..
Adakalanya
jalan ini nampak sukar dan penuh onak ranjau, dan ia akan semakin sukar jika
anda membiarkan diri anda digoncang oleh mereka yang sentiasa cuba untuk
menarik anda jatuh.
6. Fokus untuk memperbaiki dalam
langkah kecil
Tiada
guna untuk tetap terus tinggal dalam kerisauan. Ia hanya membazirkan
tenaga kita memikirkan sesuatu yang tidak pasti lagi terjadi. Daripada
membayangkan perkara-perkara yang buruk, lebih baik memfokuskan pemikiran kita
kepada perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan buat masa sekarang.Tumpukan
untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan
sekaligus.
Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali
jalan. Bersabar, ambil masa yang secukupnya. Kita tidak boleh sembuh
secara tiba-tiba dan dapat lupakan masalah dalam satu malam.Bila
kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita
membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa.
Namun sebaliknya,
apabila kita memilih untuk menyelesaikan masalah satu-persatu dan sedikit demi
sedikit, ia selalunya akan menjadi pelaburan yang positif dalam kehidupan. Walaupun
langkah kecil, namun dengan usaha asas yang positif, ia akan memberikan
perbezaan yang besar.
Ganjarannya kita akan nampak datang secara
semulajadi. Langkah-langkah kecil inilah yang selalu memberi makna dalam
kehidupan. Di
lain masa, apabila kita kembali menghadapi masalah, kita akan nampak perkara-perkara
kecil untuk diperbaiki terlebih dahulu. Dan inilah yang akan membantu kita
dalam jangka masa panjang. Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap
masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas
keupayaan kita.
7. Kehidupan yang baik selalu
datang kepada mereka yang berusaha..
Jadi
kuatkan semangat.Lebih baik kepenatan membuat perkara yang baik dan kerja yang
bermakna, berbanding bosan tidak membuat apa-apa. Letakkan sedikit usaha
dan hiduplah dengan kehidupan yang pernah kita idamkan.
Good
things don’t come to those who wait , ia datang kepada
mereka yang berusaha untuk mencapainya. Ia selalunya tidak mudah, ia lebih
sukar dari berkata-kata.Tetapi pandanglah ia dengan penuh kebaikan, kurangkan
bercakap dan mulakan usaha.
IF
YOU WANT TO ACHIEVE SOMETHING BIG, TALK TO SOMETHING THAT BIGGER THAN YOU;
ALLAH.
8. Sentiasa simpan dalam hati:
“Tiada perkara yang sia-sia dalam kehidupan”
Setiap
usaha yang kita lakukan, bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia dan membazir,
walaupun ia kelihatan seperti menuju ke arah keputusan yang
mengecewakan. InsyaaAllah, dalam setiap apa yang kita lakukan, ia akan
selalu membuatkan kita lebih kuat, lebih belajar dan mengecapi lebih
pengalaman.
Jadi,
apabila perjalanan ini menjadi lebih sukar, maka bersabarlah dan teruskan
bergerak ke hadapan.Ini kerana bila anda sedang bergelut dengan masalah, tidak
bermakna anda sedang jatuh.Kerana setiap kejayaan memang memerlukan kita
berhempas untuk mencapainya.
Dan
anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita
akan nampak
hikmah terhadap setiap perkara yang
terjadi. Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang
kita rancang.
Kami
jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang
telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa
yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga
diri.”
– Surah
Al-Hadid, ayat 23
9. Atasi rasa bersalah dan berdosa
dengan memohon ampun kepada Allah
Rasa
bersalah dan berdosa adalah harga yang perlu dibayar apabila kita melakukan
kesilapan. Kesanya secara emosi membuatkan kita merasa tidak selesa,
sedih, kesepian dan rasa benci terhadap diri sendiri. Ia adalah beban paling
berat yang dapat ditanggung manusia.
Sekiranya
rasa bersalah dari dosa-dosa sebelum ini yang membunuh anda dari dalam, dan
anda rasa dibebani oleh perasaan dihukum, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha
Pengampun.Oleh itu kita seharusnya secara berterusan bertaubat dan memohon
ampun kepada Allah diatas segala kesilapan yang pernah dilakukan.
Mohon
ampunlah dengan taubat nasuha – iaitu taubat dengan sebenar-benar taubat.Semoga
Allah SWT mensucikan hati kita dan membuang rasa-rasa yang membebani hati kita
selama ini. Jangan memandang rendah kuasa doa
Seperti
Whatsapp, jika kita boleh melihat bluetick setiap kali Allah mendengar doa
kita, tentu hebat bukan?Tetapi kita tidak perlukan perkara seperti itu, kerana
janji Allah adalah lebih hebat:
Percayalah,
Allah SWT tidak pernah lalai..
Setiap
apa yang berlaku dalam hidup pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.
Pertama,
kadang,
proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita
melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini. Oleh itu, berusaha
untuk bersikap wajar dan seimbang.
Kedua, Allah mahu melatih mental
kita untuk bersedia menghadapi realiti pada masa hadapanSentiasalah
untuk bersikap matang, tenang dan rasional.
Jangan
berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan semangat untuk
hidup, dan tidak kekuatan untuk meneruskan langkah.Setiap orang melalui
pengalaman dan masa silam yang berbeza. Kasih sayang Tuhan itu
ditunjukkan dalam pelbagai cara.
Antaranya
adalah dengan ujian. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap
kemampuan hambaNya.
Dan
ujian sebenarnya bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya
kuat.. Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila
mengenangnya.Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan
kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba
terkenang kembali.
Jadikan
waktu sebagai kenangan dan pengajaran untuk diri.
Tidak
perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring
dengan bergantinya waktu. Dan jadikan masa depan sebagai sasaran yang
menyimpan sejuta harapan.
Even
if our heart’s direction will surely change tomorrow, find the way and we will
be able to see the good and the beautiful side of everything.
Be
strong. Be brave. Don’t look back to a things that hurt you. Keep on moving
forward even if your heart bleeds.
As
long as you remember Him, you’ll be okay.
Jumaat, 9 Jun 2017
❤❤Dihatiku ada namamu❤❤
Bila saja aku mengetahui, Di hatiku ada dirimu..Tiap waktu pasti ada namamu ..
Tidak dapat kunafikan semua rasa ini..Semoga dirimu mengetahui..
Di hatiku cuma hanya ada namamu..Setiap saat aku menantimu
Tak pernah berhenti memujamu..Meski tak ada jawab rasaku...Dirimu tetap dlm doaku..
To my love✌
Take Care☻
☺Ramadhan 2017☺
Semendung mana pun awam, langit tetap biru.
Sesakit mana pun luka, rehda tetap perlu.
Sesunyi manapun insan, Allah sentiasa ada untukmu.....
Selamat Menyambut Bulan Ramdhan 2017~
Rabu
5.40ptg
07/06/2017
12 Ramadhan 1438
Langgan:
Ulasan (Atom)




