hujan love

Rabu, 29 Januari 2014

Jalan Menuju Jannah :''Khas untuk Perempuan''






1) Laksana kewajipan agama

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia
dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika
seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada
suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.



2) Kedua, hendaklah mentaati suami.

Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada
Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud)Sebaik-baik
wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya,
mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu
ketika engkau tidak bersamanya.



3) Ketiga, selalu mengingati Allah.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis
dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan
dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.



4) Keempat, solat malam.

Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian
membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, malah
mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.



5) Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian.
Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.



Insyaallah..

Selasa, 21 Januari 2014

“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]



Firman Allah S.W.T:

لا تحزن ان الله معنا
La tahzan innallaha ma’ana

“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]


الا بذكر الله تطمئن القلوب
1.       Mengingati Allah akan mententeramkan.
2.       Solat ubat mujarab menghilang kesedihan.
3.       Rasa redha boleh menghilangkan kesedihan.
4.       Jangan Bersedih, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
5.       Jangan Bersedih, setiap sesuatu telah ada qhada’ dan qadar.
6.       Jangan Bersedih, kerana kelapangan pasti datang.
7.       Jangan Bersedih, kerana rahmat Allah melimpah.
8.       Jangan Bersedih, memaafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik.
9.       Jangan Bersedih, masih banyak nikmat yang ada pada diri anda.
10.    Jangan Bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
11.    Jangan Bersedih, banyak cara yang dapat mengusir kesedihan.
12.    Jangan Bersedih, anggaplah celaan orang sebagai angin yang lalu.
13.    Jangan Bersedih, hinaan tidak selamanya buruk.
14.    Jangan Bersedih, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.
15.    Jangan Bersedih, selama anda masih dapat berbuat baik kepada orang lain.
16.    Jangan Bersedih, kerana di sana banyak jalan meringankan musibah.
17.    Jangan Bersedih, kerana masih ada orang yang menyayangi anda.
18.    Jangan Bersedih, kerana masih ada kehidupan lain.
19.    Jangan Bersedih, tanyalah dirimu sendiri tentang hari ini, kelmarin dan esok.
20.    Jangan Bersedih, kerana kesedihan merosakkan badan.
21.    Jangan Bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih.
22.    Jangan Bersedih, selagi anda beriman kepada Allah.
23.    Jangan Bersedih, kerana segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga.
24.    Jangan Bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki saat ini.
25.    Jangan Bersedih, kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.
26.    Jangan Bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain.
27.    Jangan Bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat.
28.    Jangan Bersedih, kerana kehidupan di dunia ini amat singkat.
29.    Jangan Bersedih, kerana kesedihan anda membuat musuh anda gembira.

30.    Jangan Bersedih, hadapilah kenyataan.