1) Laksana kewajipan agama
Perkara yang membawa seseorang wanita
kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia
dan akhirat. Antaranya, hendaklah
melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar,
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika
seseorang wanita
solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada
suaminya, nescaya
ia akan masuk syurga.
2)
Kedua, hendaklah mentaati suami.
Hal ini disebut dalam banyak hadis,
antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada
Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah
SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik
wanita adalah wanita yang
menyenangkanmu jika kamu melihatnya,
mentaatimu jika kau menyuruhnya dan
dapat menjaga dirinya dan hartamu
ketika engkau tidak bersamanya.
3) Ketiga, selalu mengingati Allah.
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi,
bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Hendaklah kamu (para
wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis
dan hitunglah dengan ruas jari-jari
kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan
dijadikannya boleh berbicara. Janganlah
kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
4) Keempat, solat malam.
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada
Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian
membangunkan isterinya, lalu mereka
melakukan solat berjemaah dua rakaat, malah
mereka akan dimasukkan dalam golongan
orang-orang yang banyak mengingati Allah.
5) Kelima, berbuat baik dan banyak
bersedekah.
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan
Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Wahai semua wanita,
bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian.
Sesungguhnya kamu kelak paling banyak
menjadi penghuni neraka.
Insyaallah..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan